SEORANG bapa mendakwa terdapat 'hantu' dalam gambar yang diambil bersama anaknya ketika dia sedang sakit dan nyaris mati.
Kurang seminggu selepas Chris Downing, dari Wisconsin, dapat diselamatkan akibat pengambilan dadah berlebihan, bapa kepada dua ini bergambar dengan anak lelaki dan anak perempuan yang melawatnya.
Seminggu kemudian, anak perempuannya memberitahu terdapat 'tangan hantu' di atas kaki adik lelakinya dalam gambar yang diambil.
"Saya cuba zoom dan seakan tidak percaya," Downing memberitahu Caters .
"Saya tak tahu apa benda tu, saya terkejut."
Dalam foto itu yang diambil beberapa tahun lalu, dapat dilihat satu tangan berada di atas lutut Kyle, yang ketika itu berusia 10 tahun.
"Saya tunjuk kepada anak lelaki saya dan dia terus menangis dan berlari masuk ke biliknya," kata Downing.
"Dia beritahu tidak berasa sesuatu yang pelik ketika gambar itu diambil. Tapi sampai sekarang dia masih tak tengok semula gambar itu."
Downing, yang bebas dadah selama empat tahun, memberitahu Caters dia mungkin telah membawa balik sesuatu selepas pengalamannya berdepan saat-saat kematian.
"Secara jujur saya fikir ia adalah hantu, saya tak tahu apa lagi selain hantu," katanya.
"Saya fikir mungkin pada masa itu saya berada dalam kegelapan, roh jahat mendekati saya. Atau saya mungkin membawa balik sesuatu 'benda' ketika saya hampir mati atau ada 'benda' tumpang di badan saya.
"Ia perkara paling menyeramkan yang pernah saya lihat." -mstar
0 comments
Post a Comment