Jul 15, 2018

Kamera Dilarang 'Zoom' Gelagat Wanita Seksi Piala Dunia

FIFA mengarahkan penyiar Piala Dunia supaya kamera mereka tidak lagi melakukan zoom ke arah wanita-wanita seksi sepanjang perlawanan berlangsung untuk menyekat seksisme dalam bola sepak.

Antara yang menjadi tarikan 'kamera' semasa perlawanan itu adalah bekas bintang pornografi Natalya Nemchinova yang juga penyokong Rusia paling 'hot' bersama dengan isteri dan juga kekasih pemain bola sepak England, Croatia dan Perancis.

Namun, Ketua Kepelbagaian FIFA Federico Addiechi berkata pentadbir bola sepak dunia itu telah memaklumkan rakan penyiar perlawanan tersebut supaya menghentikan amalan tersebut.

"Kami telah melakukannya dengan penyiar individu. Kami juga telah melakukannya dengan pekhidmatan penyiar tuan rumah," katanya.

Walaupun belum menjadi sebahagian daripada kempen proaktif FIFA, Addiechi berkata tindakan tegas akan diambil terhadap perkara yang salah.

Seksisme menyebabkan pelbagai masalah timbul, kata Pengarah Eksekutif Kumpulan Anti-Diskriminasi Fare Network, Piara Powar.

Powar bertindak membantu FIFA memantau kelakuan sepanjang perlawanan Piala Dunia berlangsung.

Menurut Powar, pihaknya menerima lebih 30 kes terutama membabitkan wanita Rusia yang diserang di jalanan oleh penyokong bola sepak lelaki.

Namun beliau percaya jumlah sebenar insiden sedemikian mungkin 10 kali ganda.

Katanya, beliau turut menerima beberapa kes membabitkan penyokong meraba atau mencium wartawan wanita ketika sedang bertugas. -mstar

0 comments

Post a Comment