Jul 19, 2018

SPRM Rampas Dokumen Berkait ECRL, 2 Orojek Lain

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu 13 lokasi di Lembah Kelang semalam dan merampas dokumen berkaitan 3 projek mega.

Star Online melaporkan serbuan dibuat berkaitan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Multi-product Pipeline (MPP) dan Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP).

Ia melaporkan lebih 50 pegawai terlibat dalam operasi bermula 10 pagi itu.
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani mengesahkan serbuan tersebut.

Pada 6 Julai lepas, Kementerian Kewangan mengumumkan penggantungan 3 kontrak dengan syarikat China, 2 daripadanya melibatkan projek paip gas yang dikendalikan oleh Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata kos akhir ECRL ialah RM81 billion dan projek itu hanya akan diteruskan jika kosnya dapat dikurangkan.

Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini berkata kos ECRL ialah sebanyak RM55 bilion.

Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) mengarahkan kontraktor utama, China Communication Construction Company (CCCC) menghentikan kerja-kerja kontrak yang dijalankan. -fmt

0 comments

Post a Comment