KUALA LUMPUR - Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diumumkan menang jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti yang diadakan serentak di 191 bahagian UMNO di seluruh negara hari ini.
Menurut Twitter Pemilihan UMNO 2018, secara rasminya Ahmad Zahid ialah Presiden UMNO bagi penggal 2018-2021.
Dalam keputusan yang disiarkan dalam laman Twitter itu pada pukul 9.40 malam tadi Pemangku Presiden UMNO itu mendahului 93 undi berbanding pencabarnya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang memperoleh 51 undi manakala Tengku Razaleigh Hamzah mendapat 23 undi.
Bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO pula Datuk Seri Mohamad Hasan mendahului dengan undi 70 undi manakala Tan Sri Annuar Musa mendapat 50 undi. -kosmo
0 comments
Post a Comment