Sep 5, 2012

Maut Kepala Tertusuk Penyidai Pakaian

Seorang kanak-kanak meninggal dunia Selasa selepas kepalanya tertusuk buluh penyidai pakaian di Flat Sri Tanjung, Taman Kempas Permai di sini Ahad lepas.


Muhammad Alias Che Samad, 4, yang dirawat di Hospital Sultanah Aminah meninggal di hospital itu pada pukul 3 petang tadi.

Bapanya Che Samad Che Omar, 51, berkata kejadian berlaku kira-kira 10.30 malam ketika anaknya berada di tempat meletak motosikal di flat setinggi 17 tingkat itu.

"Sebatang buluh sepanjang dua meter yang dipercayai terjatuh dari salah satu tingkat berkenaan menusuk sedalam dua inci di kepalanya dan menyebabkan dia terus tidak sedarkan diri," katanya di rumah mayat hospital.

Beliau berkata beliau berada kira-kira satu meter di belakang anaknya ketika kejadian dan terus membawa anaknya yang berlumuran darah dengan motosikal ke hospital. - BERNAMA

0 comments

Post a Comment