DATUK Seri Anwar Ibrahim telah menjelaskan bahawa seorang Perdana Menteri interim akan dilantik sementara menunggu beliau dibebaskan dari penjara – jika Pakatan Rakyat berjaya merampas Putrajaya dari Barisan Nasional (BN).
Persoalannya sekarang, siapakah dari kalangan pimpinan Pakatan Rakyat sedia ada yang boleh diharap untuk memegang jawatan tersebut sementara menunggu proses yang sepatutnya selesai untuk membebaskan Anwar?
Siapa pun dia, orang ini mestilah diterima oleh semua lapisan rakyat dalam Pakatan Rakyat, selain partinya sendiri.
Tidak setakat itu, pemimpin tersebut mestilah seorang yang boleh dipercayai untuk menyerahkan semula jawatan Perdana Menteri kepada Anwar bila masa itu tiba nanti dan paling penting tidak mengambil peluang di dalam tempoh tersebut untuk menguatkan pengaruhnya pula.
Dalam hal ini, penulis ingin mencadangkan agar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dilantik sebagai Perdana Menteri interim yang disebut Anwar, walaupun perkhabaran kuat yang masuk ke gegendang telinga penulis menyatakan Azmin Ali atau Nurul Izzah yang akan menduduki jawatan tersebut.
Alasan itu (pemilihan Azmin atau Nurul Izzah) mudah difahami tapi pandangan penulis mengenai Guan Eng adalah berdasarkan hakikat bahawa kaum cina ini boleh dipercayai dalam hal-hal sedemikian, selain jangkaan bahawa DAP juga akan menguasai kerusi terbanyak di Dewan Rakyat.
Jika semua tidak tahu, ketika UMNO diharamkan pada 1987, wujud satu tempoh masa dimana jawatan Perdana Menteri ‘dipangku’ sementara oleh bekas Presiden MCA, Tun Dr. Ling Liong Sik. Jika tidak salah penulis, jawatan itu dipangku Dr. Ling tidak kurang dari 4 jam sebelum menyerahkannya semula kepada UMNO setelah masalah berkaitan selesai.
Bukan tidak percaya dengan kebolehan pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat seperti Datuk Nik Aziz, Datuk Seri Hadi (sebagai tambahan kepada Azmin atau Nurul Izzah) , tapi seperti disebut pada awal artikel ini tadi, pemimpin tersebut perlulah boleh diterima semua kaum dalam Pakatan Rakyat.
Tidak setakat orang Melayu sahaja.
Dan ternyata, DAP lebih kedepan dalam soal ini (penerimaan rakyat) dibanding dengan PKR, apatah lagi PAS yang bergantung hampir sepenuhnya kepada sokongan orang Melayu.
Inilah masa yang sesuai juga untuk Anwar membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa Pakatan Rakyat itu sememangnya didirikan atas semangat kerjasama yang kuat antara parti komponen, bukan seperti mana yang digambarkan UMNO dan BN – kerjasama palsu.
Lagipun kita sendiri tidak pasti berapa banyak kerusi parlimen yang bakal dimenangi Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum yang akan datang. Ini penting kerana kedudukan Perdana Menteri turut sama ditentukan oleh vote of confidence dikalangan ahli-ahli dewan.
Dalam hal ini penulis yakin kelebihan akan berpihak kepada DAP melihat kepada strategi mereka yang menumpukan kepada winnable seats seperti mana dibuktikan dalam pilihanraya negeri Sarawak pada tahun lepas dimana DAP menang 13 dari keseluruhan 15 kerusi yang ditandingi mereka.
Memang DAP tidak bertanding terlalu banyak kerusi tapi mereka bertanding di kerusi yang mereka yakin boleh menang.
Penulis tidak rasa ahli-ahli Parlimen DAP nanti ada keyakinan yang cukup kuat kepada Azmin atau Nurul Izzah untuk memegang jawatan tersebut, yang mana keadaan ini boleh menjurus kepada ketidak tentuan dalam arena politik dan pentadbiran negara seterusnya membuka jalan kepada BN untuk berkuasa semula.
Percayalah, pemilihan Azmin atau Nurul Izzah hanya akan menyelesaikan separuh dari masalah – memastikan jawatan Perdana Menteri diserah semula kepada Anwar, sedangkan pemilihan Guan Eng akan juga memastikan rakyat dan pentadbiran kerajaan berjalan dengan lancar sementara menantikan Anwar bebas dari penjara.
Justeru, tidak syak lagi bahawa Guan Eng adalah pemimpin yang memenuhi kriteria sebagai Perdana Menteri interim yang disebut Datuk Seri Anwar. - Suarapakatanrakyat.com

0 comments
Post a Comment