Jul 14, 2018

Malaysia Julang Trofi Piala AFF Bawah 19 Tahun

PETALING JAYA: Skuad muda negara muncul juara Piala AFF Bawah 19 Tahun 2018.

Aksi kemenangan itu muncul selepas detik mendebarkan skuad negara apabila ketinggalan 2-3 kepada Myanmar pada babak pertama perlawanan.

Bagaimana pun, skuad bimbingan Bojan Hodak itu bangkit pada separuh masa kedua dengan jaringan kemenangan oleh Shivan Pillay Asokan pada minit ke-90.

Kejayaan julung kali ini sekali gus memadam rekod negara yang bergelar naib juara sebanyak lima kali sebelum ini (2003, 2005, 2006, 2007 dan 2017).

Hamidin Mohd Amin (depan kanan) bersama Syed Saddiq turut hadir menyaksikan final antara Malaysia dan Myanmar.

Lebih manis, kejayaan pasukan Malaysia ini diraikan di hadapan presiden baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin serta Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang turut hadir menyaksikan perlawanan akhir itu. -mstar

0 comments

Post a Comment