Sep 2, 2012

Hentikan Fitnah Terhadap AZMIN!

Kerajaan Umno BN dinasihat menumpukan masalah rakyat, bukan menjadikan isu keluarga Timbalan Presiden KEADILAN sebagai senjata menjatuhkan karier politiknya, kata Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin.


Beliau berkata, banyak lagi masalah rakyat yang perlu diangkat termasuk kenaikan harga barang hingga membebankan pengguna.

“Saya rasa malu sebab masalah ini tidak dipandang serius oleh kerajaan, sebaliknya manjadikan isu keluarga Azmin Ali sebagai modal politik Umno BN.

“Kalau betul pun keluarga Azmin ada masalah, ia tidak perlu diperbesar-besarkan sehingga keluar dalam berita nasional,” katanya ketika dihubungi.

Beliau mengulas tindakan Umi Hafilda yang memperalat ibunya, Che Tom Yahaya untuk mengkritik abangnya, Azmin ketika umat Islam meraikan Aidilfitri.

Buletin Utama TV3 baru-baru ini memaparkan kononnya ibu Azmin kecewa kerana beliau tidak pulang berhari raya serta menziarahi ibunya walaupun banyak kali dihubungi.

Umi kemudiannya mempertikaikan Azmin yang menjadi pemimpin sedangkan tidak menghiraukan ibunya sendiri. - Mediapermatangpauh.blogspot.com

0 comments

Post a Comment