KUAMUT: Rakyat luar ban- dar khususnya di kawasan Bukit Garam digesa menjalankan tanggungjawab sebagai bangsa Malaysia dengan menerima perlembagaan yang wujud sejak merdeka.
Wakil rakyat Kuamut, Masiung Banah berkata, perkara itu penting agar dapat meneruskan kesinambungan kepelbagaian kaum yang dikecapi sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
“Kita sebagai bangsa Malaysia yang merdeka sejak 55 tahun lalu haruslah bersedia menerima perlembagaan negara yang diwujudkan oleh pemimpin terdahulu dengan hati terbuka,” kata Masiung.
“Sebagai rakyat kita perlu membantu meneruskan kesinambungan kepelbagaian kaum dengan keunikan budaya di negara ini yang menjadi tarikan untuk rakyat luar melihatnya dan memperlajari budaya kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Rumah Terbuka Merdekaraya di Balai Raya Kampung Pangkalan Bukit Garam, di sini.
Beliau berkata, rakyat kini telah mengecapi pelbagai kemajuan meliputi pelbagai aspek dan sebagai rakyat perlu terus memberi sokongan dengan menolak setiap slogan yang dibawa pemimpin bermusim mahupun pihak pembangkang.
Katanya, kerajaan sedia ada perlu diberi ruang mencukupi dalam meneruskan momentum pembangunan. Ini kerajaan kerajaan sedia ada telah membuktikan mampu membantu rakyat khususnya dalam meningkatkan sosio ekonomi penduduk luar bandar.
“Sama ada di kawasan bandar mahupun di kawasan luar bandar, rakyat telah mengecapi pelbagai kemajuan meliputi pelbagai aspek meliputi sosio, ekonomi dan budaya,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Masiung mengingatkan rakyat agar tidak cepat melatah sekiranya tidak tersenarai sebagai penerima sesuatu bantuan daripada kerajaan.
‘Sebagai pemimpin suka saya mengingatkan kepada rakyat agar tidak cepat melatah sekiranya tidak tersenarai sebagai penerima bantuan kerajaan malah marilah kita bersama-sama membantu usaha murni kerajaan ini dalam menyalurkan apa sahaja bantuan kepada golongan memerlukan”, katanya.
Jelasnya, ini kerana kerajaan banyak menyediakan jenis bantuan dan rakyat berhak memaklumkan kepada pe- mimpin akar umbi setiap masalah dihadapi dalam memudahkan penyaluran bantuan kerajaan.
“Kerajaan banyak menyalurkan bantuan meliputi pelbagai jenis, jadi kalau tidak menerima bantuan harulah memaklumkan kepada pihak bertanggungjawab khususnya pemimpin akar umbi agar dapat diambil tindakan sewajarnya,” jelasnya. - NewSabahTimes

0 comments
Post a Comment