Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meluahkan secara terbuka mengenai tempoh masa untuk rakyat menunggu bagi mengetahui keputusan siasatan 1MDB.
Bercakap dalam Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Pontian minggu lalu, Muhyiddin berkata rakyat cukup sabar untuk menunggunya kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak beberapa kali mengulangi gesaan supaya bersabar.
"Perdana menteri kata tunggu, tunggu penyiasatan. Tunggu, tunggu. Berapa lamalah nak tunggu, sampai bulan jatuh ke riba?" kata Muhyiddin.
Beliau yang juga timbalan presiden Umno berkata terdapat jangka waktu yang dianggap munasabah untuk menunggunya.
"Bila dah lewati batas kemunasabahan, maka keyakinan akan runtuh, (orang) tak percaya, mereka akan kata 'awak boleh cakap apa sahaja, tapi kami tak percaya kamu'" kata Muhyiddin lagi lapor Malaysiakini.

0 comments
Post a Comment