Rayuan Datin Seri Rosmah Mansor agar PERMATA dikekalkan mendapat persetujuan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir yang mengumumkan perkara itu hari ini berkata, program itu tidak lagi akan diletakkan di bawah perdana menteri dan sebaliknya diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan.
"Program PERMATA akan dipindahkan daripada Jabatan Perdana Menteri kepada Kementerian Pendidikan," kata Dr Mahathir dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet di Putrajaya.
Rosmah yang merupakan isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak memulakan program PERMATA pada 2006.
Dalam sebuah wawancara, Rosmah merayu agar kerajaan baru mengekalkan program berkenaan selepas suaminya yang juga bekas pengerusi BN kalah dalam pilihan raya umum (PRU) yang lalu.
Najib kini sedang disiasat berhubung skandal 1MDB.
Ketika di bawah pentadbiran BN, PERMATA dikritik berhubung perbelanjaan RM30 juta setahun.
Rosmah turut dikecam ketika mengetuai delegasi PERMATA ke Oxford pada Mei tahun lalu. -hmetro
0 comments
Post a Comment