Jun 12, 2018

1MDB: SPRM Serah Kertas Siasatan, AG Meterai MLA

Jabatan peguam negara memaklumkan telah menerima kertas siasatan 1MDB petang tadi.

Peguam negara Tommy Thomas berkata, beliau juga telah membentuk dua pasukan untuk meneliti kertas siasatan itu.

Katanya, pasukan pertama bertujuan untuk memulakan dakwaan jenayah, jika ada, manakala pasukan kedua untuk prosiding sivil.

"Kami memerlukan sedikit masa untuk meneliti kertas siasatan namun mengambil maklum akan keperluan untuk meneliti perkara ini dengan kadar segera," katanya dalam kenyataan.

Selain itu, beliau juga berkata telah menandatangani permohonan untuk bantuan guaman bersama (MLA) dalam perkara jenayah daripada Switzerland, Amerika Syarikat, Perancis dan Emiriyah Arab Bersatu.

"(Kami) berharap agar dapat mengambil tindakan lanjut serta menjalin kerjasama dengan pihak mereka," katanya lagi. -malaysiakini

0 comments

Post a Comment