SINGAPURA: Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) menimbulkan kontroversi apabila beranggapan Singapura masih sebahagian daripada Malaysia.
Menurut kenyataan media berkenaan taklimat akhbar daripada Setiausaha Negara, Mike Pompeo, alamat tempat yang tertera wujud perkataan ‘Malaysia’ dalam laman web rasmi jabatan itu pada hari Isnin.
Alamat berkenaan ditulis “JW Marriott, Singapura, Malaysia” dalam taklimat akhbar yang disiarkan di laman web rasmi Jabatan Negara Amerika Syarikat.
Singapura merupakan sebahagian daripada Malaysia selama dua tahun sejak 1963 melalui Perjanjian Malaysia yang membentuk persekutuan antara Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak.
Dua tahun kemudian, Singapura keluar daripada persekutuan dan menjadi sebuah negara republik pada tahun 1965.
Singapura dipilih menjadi tempat pertemuan antara pemimpin negara AS, Presiden Donald Trump dengan pemimpin tertinggi Kim Jong Un untuk mengadakan rundingan mengenai program penyahnuklearan di Korea Utara.
Trump dan Kim berjabat tangan dan mengadakan rundingan di Hotel Capella, Singapura, pagi tadi. -astroawani
0 comments
Post a Comment