Jun 3, 2018

Durian 'Musang King' Cabar 'Monthong' Ci Thailand

BANGKOK - Kedudukan 'Monthong' sebagai Raja Durian Thailand bakal dicabar oleh 'Musang King' selepas Raja Durian Malaysia itu menerima kebenaran pihak berkuasa negara itu untuk dibawa masuk dan dijual secara buah segar di Thailand.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Sallehhuddin Hassan berkata, kebenaran itu menjadikan Thailand pasaran eksport terbaharu bagi durian Musang King negara.

"Kalau orang tidak pernah rasa Musang King, mereka kata Monthong adalah terbaik, tetapi selepas merasa Musang King, durian Thailand itu agak kebelakang dari segi rasa dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri 'Durian Fiesta' di Kedutaan Malaysia di sini bagi menandakan perolehan kebenaran kemasukan durian segar Musang King ke pasaran Thailand bermula tahun ini.

Sebelum ini, durian Musang King hanya dibenarkan dibawa masuk ke Thailand dalam bentuk ulas dan sejuk beku. -bernama

0 comments

Post a Comment