Jun 11, 2018

Kakitangan Awam Dan Menteri Tidak Lagi Dibenarkan Terima Hadiah

PUTRAJAYA – Dalam usaha menangani dan menghapuskan gejala rasuah dalam perkhidmatan awam di negara ini, kerajaan Pakatan Harapan (PH) memperkenalkan polisi tanpa hadiah.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, polisi tersebut diguna pakai terhadap semua anggota pentadbiran awam kerajaan termasuk Menteri, Timbalan Menteri serta setiausaha-setiausaha politik.

“Kalau ada di sini sesiapa hendak beri hadiah, saya tidak akan terima. Saya takut kepada Tan Sri (Abu Kassim Mohamed).

“Tetapi boleh bagi bunga, makanan dan buah, tidak lebih daripada itu.

"Kita tolak semua (termasuk) kereta dan sebagainya, tidak boleh bagi. Itu yang kita putuskan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) di Bangunan Perdana Putra di sini semalam. -kosmo

0 comments

Post a Comment