SEORANG lelaki popular gara-gara satu tweetnya yang tiba-tiba tular.
Segalanya bermula apabila Marley Bennett, 22, pada satu malam menyedari wajahnya mempunyai sedikit persamaan dengan model yang dipaparkan pada kotak rokok.
Selain gambar model lelaki, tertera ayat 'merokok meningkatkan risiko mati pucuk' pada kotak rokok tersebut.
Bennet memutuskan untuk bergurau bahawa dia adalah model dalam kotak rokok berkenaan.
Jadi, dia mengambil gambar kotak rokok itu, yang memberi amaran kesihatan dengan memaparkan seorang model lelaki tidak berbaju sedang tunduk kebimbangan.
Dia kemudian menulis tweet bersama gambar itu, "Pengalaman lalu mengajar, menerima kerja pemodelan ini adalah satu kesilapan."
Tanpa disangka-sangka, tweet itu menjadi perhatian.
Ia mendapat 72,000 tanda suka dan diulang kicau lebih dari 15,000 kali.
Orang ramai di seluruh Eropah mula memuat naik gambar gambar yang sama di Twitter termasuklah gambar paket rokok dari negara-negara seperti Latvia hingga Itali.
Penyelidik politik parti buruh dari Bristol ini telah dihubungi oleh pelbagai organisasi berita.
Bennett berkata, "Saya sangat gembira untuk mengesahkan bahawa saya bukan orang dalam gambar di bungkusan itu.
"Ia adalah satu jenaka yang saya buat pada suatu malam dan kemudian tular." -Mirror
0 comments
Post a Comment