Jun 1, 2018

Rosmah Mansor Diminta Hadir Ke Pejabat SPRM Selasa Ini?

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah menyerahkan notis memerintah kehadiran kepada isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dipercayai bagi membantu siasatan berhubung kes SRC International Sdn Bhd.

Surat berkenaan diserahkan oleh pegawai SPRM yang mengunjungi kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di ibu negara pada jam 4 petang hari ini.

Menurut sumber, beberapa pegawai SPRM meninggalkan kediaman itu dengan membawa sebuah beg yang tidak diketahui kandungannya kira-kira jam 5.30 petang.

SRC International ialah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012. -astroawani

0 comments

Post a Comment