Syarikat Sarawak yang dianugerahi projek hibrid solar untuk membekalkan elektrik kepada 369 sekolah luar bandar di Bumi Kenyalang menafikan sebarang dakwaan salah laku.
Jepak Holdings Sdn Bhd yang berpangkalan di Bintulu berkata demikian sebagai respon terhadap dakwaan laman pembocor maklumat Sarawak Report semalam.
Portal itu antarnaya mendakwa Kementerian Pendidikan pada Januari 2017 memberikan projek yang dikatakan bernilai RM1.25 bilion dan bayarannya dibuat sebelum kerja disesaikan.
Pengarah Urusan Jepak, Saidi Abang Samsudin, menafikan kebanyakan dakwaan itu, walaupun mengaku menerima projek itu secara runding terus dengan kerajaan pusat lama.
Saidi juga berkata kos sebenar cuma RM750 juta, bukan RM1.25 bilion.
Mereka juga, katanya lagi, belum menerima bayarannya.
“Kos RM1.2 bilion itu kos keseluruhan projek termasuk penyelenggaraan dan bekalan diesel,” katanya.
Saudi juga berkata kos RM750 juta untuk menyalurkan tenaga elektrik kepada 369 sekolah di Sarawak juga lebih murah berbanding projek sama di Sabah yang hanya untuk 176 sekolah.
“Projek itu telah dianugerahkan, bagaaimanapun syarikat sedang menyerahkan rancangan-rancangan.
"Kami belum kutip duit dari projek ini,” Saudi dipetik sebagai berkata kepada The Borneo Post hari ini.
Saidi juga berkata mereka mempertimbangkan untuk membuat laporan polis kepada Sarawak Report yang menurutnya membuat laporan “berdasarkan pembohongan”.
Katanya, projek solar untuk sekolah di Sarawak telah dimulakan sejak 2015 dan masih berterusan.
“Kontrak runding terus itu sah. Kenapa pula ia tidak sah? Kami akan lapor polis segera terhadap Sarawak Report selepas saya bercakap dengan peguam. Artikel itu berdasarkan pembohongan.”
Saidi juga berkata artikel itu menjejaskan reputasinya sebagai seorang ahli perniagaan.
Sarawak Report turut mendakwa pemberian kontrak itu diarahkan perdana menteri sebelum ini Datuk Seri Najib Razak dan mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) dan proses perolehan Kementerian Pelajaran.
Pejabat Perdana Menteri (PMO), Kementerian Pendidikan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah membuka siasatan terhadap projek itu. -malaysiakini
0 comments
Post a Comment