Jul 5, 2018

Jamal Yunos Tiba Di Mahkamah Hadapi 3 Pertuduhan

AMPANG - Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang menghilangkan diri sejak sebulan yang lalu tiba di Mahkamah Majistret Ampang jam 3.55 petang.

Jamal baru tiba di KLIA dari Indonesia selepas ditahan pihak berkuasa negara itu kelmarin.

Jamal memakai t-shirt dan topi hitam diiringi polis dan digari dibawa menaiki kenderaan polis jenis Preve.

Sebaik tiba di lobi mahkamah, Jamal senyum dan sempat melambai tangan ke arah media.

Dia akan didakwa mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri daripada tahanan sah.

Dia dijangka dituduh di bawah Seksyen 224 Kanun Kesekaaan kerana melarikan diri daripada tahanan sah.

Jamal juga mempunyai dua waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ampang pada 25 Mei lalu untuk dua pertuduhan yang dihadapkan terhadap beliau di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan. -sinar online

0 comments

Post a Comment