Jul 10, 2018

Pasukan Penyiasat 1MDB Akan Terbang Ke Washington

WASHINGTON 10 Julai - Sekumpulan pegawai Malaysia yang menyiasat skandal penyalahgunaan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam perancangan bertemu dengan para pegawai Amerika Syarikat (AS) di Washington tidak lama lagi.

Menurut sumber yang enggan dikenali, pertemuan itu yang merangkumi perbincangan dengan Jabatan Kehakiman AS (DoJ) bakal berlangsung menjelang akhir bulan ini.

Antara pegawai yang akan berlepas ke Washington termasuklah wakil dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). -REUTERS

0 comments

Post a Comment