KUALA LUMPUR – Polis tidak menerima permohonan termasuk daripada Datin Seri Rosmah Mansor untuk menuntut barang kemas bernilai ratusan juta ringgit yang dirampas Mei lalu.
Ketua polis negara mencadangkan sesiapa sahaja termasuk isteri Datuk Seri Najib Razak mematuhi peraturan dan memfailkan tuntutan secara rasmi.
“Jika Rosmah ingin memohon, beliau harus mengikut undang-undang dan ada caranya untuk membuat permohonan,” kata Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
Beliau mengulas laporan Malaysiakini yang menyebut sebuah syarikat Lubanan menyaman Rosmah berhubung sebahagian barangan tersebut.
Global Royalty Trading SAL mahu isteri bekas perdana menteri itu mengembalikan 44 barang kemas itu atau membayar nilainya kira-kira RM21.974 juta. -projekmm
0 comments
Post a Comment