SAN FRANCISCO: Laman blog mikro, Twitter, semalam melakukan perubahan untuk meningkatkan kos kredibiliti perkhidmatan terhadap 100 pengguna paling popular yang secara purata kehilangan dua peratus pengikut mereka akibat langkah itu.
Ketua Eksekutif, Jack Dorsey berkata, Twitter bertindak mengunci mana-mana akaun yang disyaki menipu dalam usaha untuk mengawal sebarang tindakan salah laku.
Difahamkan, akaun tersebut dikunci jika laman sosial itu mengesan tingkah laku luar biasa.
Perubahan itu menyaksikan akaun @Twitter kehilangan 12.4 peratus pengikutnya berbanding kelmarin, yang disifatkan sebagai kejatuhan tertinggi melibatkan akaun 100 paling popular.
Artis pop, Katy Perry dilaporkan kehilangan lebih 2.8 juta pengikut, penurunan 2.6 peratus berbanding sehari sebelum langkah itu berkuatkuasa.
Penyanyi popular lain termasuk Pink, Mariah Carey, Britney Spears dan Eminem juga kehilangan lebih tiga peratus pengikut. -Agensi
0 comments
Post a Comment