Jun 14, 2019

Dua Blok Sekolah SK Binsulok Terlalu Daif Dan Usang

MEMBAKUT: Dua daripada empat blok bangunan Sekolah Kebangsaan Binsulok tidak dapat digunakan oleh murid-murid sekolah ini,kata Wakil Rakyat Membakut Datuk Haji Mohd Arifin Haji Mohd Arif.

Beliau berkata keadaan dua blok yang ada dalam keadaan daif dan usang serta amat bahaya untuk digunakan oleh semua guru dan murid di sekolah ini.

Mohd Arifin yang meninjau sekolah itu kelmarin berkata setelah meninjau dengan lebih dekat mendapati keadaan sekolah ini amat daif dan usang oleh itu ianya amat berbahaya untuk digunakan oleh guru-guru dan murid-murid Dalam hubungan ini beliau meminta Kementerian Pelajaran Malaysia agar segera memperbaiki atau membina baru blok-blok sekolah yang usang itu.

“Kegagalan untuk memperbaiki blok yang ada atau membina yang baharu akan membuatkan murid-murid di sekolah itu kurang selesa ketika belajar yang mana pihak sekolah telah terpaksa menempatkan murid-murid yang lain dalam kelas yang sempit,” katanya.

Beliau meminta Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Yusof Hj Yacob agar segera meninjau ke sekolah ini untuk mengenal pasti kedaifan sekolah ini agar segera diperbaiki.

“Terdapat 316 orang murid belajar di sekolah ini dari pra sekolah hingga tahun enam yang membabitkan 28 orang guru,” kata Mohd Arifin selepas membuat tinjauan.

Ketua Penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Kimanis itu kemudiannya meyerahkan sumbangan beliau kepada Sk Binsulok berjumlah RM2,000 yang disampaikan kepada Guru Besar Minah Dullah iaitu RM1,000 untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah berkenaan.

0 comments

Post a Comment