Sep 5, 2012

Keldai Dadah Warga Sarawak Ditahan

Seorang pengawal keselamatan dari Limbang, Sarawak dipercayai keldai dadah, ditangkap sejurus tiba disini bersama-sama dengan 105gm syabu, Isnin lepas.


Suspek berusia 30 tahun itu tiba dari Johor Baharu dalam lawatannya ke Ibu Negeri.

Timbalan Ketua Polis Bandaraya, Supt. M. Chandra berkata suspek ditangkap bersama seorang lelaki tempatan berumur 31 tahun didalam sebuah kereta Perodua Kancil di lot letak kereta sebuah rumah ibadat di Tanjung Aru disini, pada jam 2.20 petang.

"Kami menahan kedua-dua suspek itu selepas menerima maklumat dan kami menemui tiga plastik mengandungi dadah itu yang dimasukkan di dalam saku seluar jeans lelaki dari Sarawak itu.

Kedua-duanya ditahan reman sehingga 10 september ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya", katanya dalam satu sidang media di balai polis Karamunsing, disini pada selasa.

Chandra berkata dadah bernilai RM31,500 itu dipercayai untuk pasaran tempatan dan boleh dibekalkan kepada lebih 5,000 penagih dadah.

Siasatan awal mendapati bahawa kedua-dua suspek itu juga positif dadah.

"Ini bukan tangkapan terbesar tahun ini kerana sebelum ini, kami pernah merampas dadah seberat dua kilogram", katanya sambil menambah mereka juga merampas beberapa telefon bimbit, dompet, dokumen peribadi, seluar jeans dan wang tunai. - HarianEkspres

0 comments

Post a Comment