Sep 1, 2012

Pemuda Umno Pensiangan Sangkal Kenyataan Kahirin Bador

KENINGAU: Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Pensiangan menyangkal kenyataan Ketua Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Sook Kahirin Bador yang keterlaluan dan langsung tidak menghormati Umno yang menjadi tunggak Barisan Nasional.


Penolong Setiausaha Pemuda Umno Bahagian Pensiangan Mohd. Khairil Abdul- lah berkata, kenyataan Kahirin itu melampau sehingga berani mengatakan bahawa Barisan Nasional (BN) akan ditolak oleh rakyat Pensiangan sekiranya Umno diberi peluang bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Katanya, tidak wajar bagi Kahirin berkata demikian kerana Umno juga adalah dalam komponen BN.

“Kahirin itu seolah-olah memperkecil-kecilkan Umno dan melihat Parti Keramat itu langsung tidak ada pengaruh di kawasan ini,” kata Khairil mengulas kenyataan Ketua Pemuda PBRS Sook itu yang mengatakan Umno Pensiangan tamak dan tidak ada apa- apa sumbangan kepada rakyat di kawasan Pensiangan.

Tegas Khairil, kalau Kahi- rin menyatakan rakyat Pensaingan menolak Umno jika diberi peluang satu kerusi bererti beliau (Kahirin) membuat andaian bahawa rakyat di kawasan ini menolak Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN.

“Tidak sedarkah Kahirin pada bulan Jun lalu bahawa Najib disambut oleh kira-kira 15,000 rakyat pelbagai kaum dan kepercayaan di kawasan Parlimen Pensiangan yang merangkumi DUN Sook dan Nabawan,” soal Khairil.

Pada Selasa Kahirin melenting apabila Pergerakan Pemuda Umno Pensiangan da- lam usul politiknya pada mes- yuarat perwakilan pergerakan itu pada Sabtu lepas meminta agar satu kerusi diberi kepada Umno pada PRU 13 akan datang.

Kahirin dalam kenyataannya berkata, Pegerakan Pemuda PBRS DUN Sook, ma- hu kerusi DUN Sook dan Parlimen Pensiangan dipertahan untuk parti tempatan PBRS dalam PRU-13 nanti.

Beliau membantah sekeras-kerasnya usul Pemuda Umno Pensiangan yang menuntut salah satu daripada tiga kerusi di kawasan Pensiangan pada PRU-13 nanti.

Kahirin dipetik sebagai berkata, Umno Pensiangan jangan tamak kerana saya tidak nampak apa sumbangan Umno Pensiangan kepada rakyat Pensiangan. Tidak ada apa-apapun sumbangan mereka kepada rakyat di Pensiangan.

“Saya yakin dan percaya, 90 peratus rakyat Pensiangan akan menolak Barisan Nasional (BN) sekiranya calon Umno dipilih sebagai calon di kawasan ini pada PRU 13. Ini disebabkan 90 peratus rakyat Sabah mahukan pemimpin atau parti tempatan untuk me- wakili mereka dan bukannya parti luar.

“Banyak sebab kenapa rakyat menolak Umno pada PRU-13 nanti dan antaranya ialah isu RCI, IC Projek, PTI, Tanah Adat, iroyalti minyak, pembahagian kuasa atau isu pembahagian kerusi antara DUN dan Parlimen dan, juga sentimen di kalangan rakyat yang menganggap Umno sebagai parti import,” jelas Ka- hirin

Kahirin berkata, beliau membidas tuntutan kerusi dari Pemuda Umno Pensiangan kerana Umno sendiri telahpun memperolehi 32 kerusi DUN Sabah dan 11 kerusi untuk Parlimen Sabah, sedangkan PBRS cuma mendapat satu kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen.

Namun Khairil menyifat- kan kenyataan Kahirin itu tidak releven kerana meletakan semua masalah disebabkan oleh Umno dan deng- an membabi buta mengata- kan sentimen di kalangan rak- yat yang menganggap Umno sebagai parti import.

Sebenarnya kata Khairi, rakyat di kawasan ini tidak mempunyai sentimen seperti yang dikatakan oleh Kahirin tetapi beliau sendirilah yang mempunyai sentimen yang tebal menganggap Umno sebagai parti import.

“Sepatutnya Kahirin tidak boleh membangkitkan hal itu kerana ia menyinggung pera- saan ahli-ahli Umno dan pucuk pimpinan Umno,” tegas Abie.

“Tidak sedarkah Kahirin kalau bukan BN yang ditunjangi oleh Umno, dapatkan Presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup menjadi Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan duduk di Pusat Pentadbiraan Kerajaan Pusat di Putera Jaya,” tanya Khairil.

Tetapi katanya, kenyataan Kahirin seolah-oleh memperkecil-kecilkan Umno dan meganggap kalau bukan PBRS kerajaan tidak terbentuk kerajaan BN, sedangkan hanya dengan satu kerusi Parlimen dan satu kerusi DUN bolehkah satu kerajaan terbentuk.

Khairil juga membidas kenyataan Kahirin yang membangkitkan kawasan Pensiangan adalah hak milik KDM iaitu parti yang mewakili Bumiputera Bukan Islam kerana 70 peratus daripada penduduk kawasan Pensiangan adalah beragama Islam.

Kenyataan Kahirin ini menurut Khairil, tidak merujuk kepada fakta sebenar kerana dalam parti Umno di kawasan ini pun mempunyai ahli KDM dan Bumiputera Bukan Islam.

“Hal ini dibangkitkan oleh Kahirin seolah-olah membangkitkan isu agama kerana mengatakan parti Umno adalah terang-terangan merupakan parti Melayu Muslim yang tidak layak menuntut kerusi Pensiangan kerana kawasan ini mempunyai jumlah penduduk Muslim yang minoriti” kata Khairil.

Khairil berkata, sokongan rakyat kepada BN tidak boleh diukur dengan berapa jumlah orang Islam, jumlah orang Kristian dan sebagainya tetapi yang menjadi kayu pengukur adalah konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Menurut Khairil, kalau pun Kahirin membantah usul Pergerakan Pemuda Umno Pensiangan yang menuntut satu kerusi janganlah keterlaluan sehingga mengatakan Umno Pensiangan tamak dan bangkitkan isu agama.

Katanya, bagaimana Kahirin mengatakan Umno Pensiangan tamak sedangkan Umno di kawasan ini tidak mempunyai kerusi.

Secara lojiknya kata Khairil, PBRS lah yang tamak kerana mempunyai dua kerusi di kawasan ini iaitu DUN Sook dan Parlimen Pensiangan.

Tambahnya, kalau Kahirin berpendapat Umno tidak la- yak kerana menurut idea kolot beliau (Kahirin) Umno parti import, berilah satu kerusi kepada PBS kerana parti ini adalah parti tempatan bagi keseimbangan perkongsian kua- sa di kawasan ini.

Katanya, jika ini dapat dipraktikkan, Upko satu keru- si (DUN Nabawan), PBRS (DUN Sook) dan PBS (Parlimen Pensiangan) kesemuanya parti tempatan.

“Jika Kahirin dan partinya PBRS tidak senang dengan Umno, saya cabar dia keluar dari BN kerana Umno itu juga adalah BN. Adalah lebih baik beliau keluar dari BN agar beliau bebas mengutuk Umno,” tegas Khairil.

Dalam masa yang sama Khairil mempersoalkan stas- tik yang dinyatakan oleh Kahirin yang menyentuh 98 peratus daripada penduduk kawasan Pensiangan adalah KDM yang terbahagi kepada 55 peratus suku kaum Dusun dan 45 peratus suku kaum Murut.

Katanya, sepatutnya Ka- hirin tidak boleh membuat peratusan berapa Dusun dan Murut kalau beliau sudah menyatakan 98 peratus daripada penduduk kawasan Pensaingan adalah KDM atau Kadazan Dusun Murut.

“Tuduhan Kahirin terhadap Umno selalu mensabotaj kedudukan parti komponen lain khususnya parti-parti KDM di negeri ini juga adalah andaian semata-mata kerana dalam jiwanya mungkin ada niat mensabotaj kalau Umno diberi peluang bertanding di kawasan ini,” kata Khairil.

Khairil turut mempertikai- kan jumlah ahli PBRS men- cecah 23,630 masing-masing 13,850 di Sook dan 9,780 di Nabawan yang dinyatakan Kahirin.

Katanya, jumlah itu sengaja dinyata atas kertas saja kerana dengan harapan menjadi prasyarat untuk PBRS layak dan diberi keutamaan menjadi calon.

“Tetapi bagaimana dengan parti-parti komponen BN yang lain seperti PBS, Upko dan Umno adakah parti-parti ini tidak mempunyai ahli dalam bilangan yang besar,” soal Khairil lagi.

Katanya, bagi Umno ber- dasarkan fakta sebenar ia mempunyai 10,893 masing- masing 6,675 di kawasan Sook dan 4,218 bagi kawasan Nabawan.

Khairil berkata, jika ber- dasarkan kepada jumlah pe- milih (pengundi) PRU-12 (2008) kawasan DUN Sook mempunyai 12,564 pengundi dan DUN Nabawan 7,148 pengundi

“Ini membuktikan bahawa bilangan ahli PBRS yang dinyatakan oleh Kahirin tidak tepat kerana melebihi jumlah pengundi di kedua-dua kawa- san itu, mustahil parti-parti komponen yang lain seperti Upko dan PBS tidak mempunyai ahli,” jelas Abie. - NewSabahTimes

0 comments

Post a Comment