LIMBANG: Padah memecah masuk kedai makan dan melarikan RM100, seorang penganggur dipenjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Majistret Mohd Hafizi Abdul Halim menjatuhkan hukuman itu terhadap Johny Rimong, 36, selepas mengaku bersalah memecah masuk dan mencuri wang di sebuah kedai makan sekitar jam 6 pagi pada 22 Jun lepas.
Mohd Hafizi turut mengarahkan tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan untuk menjalani hukuman penjara daripada tarikh ditangkap iaitu pada Jumaat lepas.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Polis, Inspektor Sivanesrawan Nadaraja, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. -utusan borneo
0 comments
Post a Comment