JOHOR BHARU - Calon Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan akaun bank ibu pejabat Umno dan Umno Selangor.
Memetik laporan The Star, Ahmad Zahid berkata, beliau menerima panggilan telefon daripada SPRM memaklumkan mengenai pembekuan akaun itu.
“Hampir pasti selepas ini SPRM akan membekukan juga akaun Umno Johor,” katanya dalam ucapan di majlis hari raya di sini.
Beliau juga mendakwa tidak mustahil Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengarahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) membatalkan pendaftaran Umno. -sinar online
0 comments
Post a Comment