Jun 28, 2018

SPRM Serbu Apartmen Milik Jho Low

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat serbuan ke atas sebuah apartmen milik ahli perniagaan yang dikaitkan dengan skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) , Low Taek Jho atau Jho Low.

Memetik laporan The Star, serbuan itu berlaku semalam di sebuah apartmen servis di Kuala Lumpur dan dipercayai berkaitan kes 1MDB.

Namun, sumber yang dilaporkan The Star menjelaskan tiada bukti penting di temui di kediaman tersebut. -sinar online

0 comments

Post a Comment