Jul 4, 2018

Syed Saddiq Mahu Dipanggil ‘Bro’

PUTRAJAYA – Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 25, berharap beliau hanya dipanggil sebagai ‘Bro’ (brother) yang bermaksud saudara.

Menteri paling muda yang dilantik di bawah barisan Kabinet Tun Dr. Mahathir Mohamad kelmarin itu menganggap dirinya lebih selesa dipanggil dengan gelaran tersebut berbanding Yang Berhormat (YB) yang memperlihatkan beliau seperti sudah berusia.

Beliau berkata, di bawah kepimpinannya, KBS akan bergerak sebagai sebuah keluarga dan pasukan dengan mengamalkan budaya kerja baharu termasuk menerapkan gaya hidup aktif.

“Kita akan berjoging bersama pada waktu pagi atau lepas kerja, petang kita berjoging,” katanya dalam ucapan alu-aluan ketika memulakan tugas rasminya di kementerian.

0 comments

Post a Comment