Jun 22, 2019

Majlis Perbandaran Di Florida Terpaksa Bayar RM2.4 Juta Kepada Penggodam

Isu maklumat yang disulitkan oleh perisian tebusan bukanlah sesuatu yang baru. Cerita-cerita mengenai individu dan syarikat-syarikat yang mengalami krisis dimana data dan maklumat penting pada komputer-komputer dan mesin pelayan disulitkan sangatlah banyak.

Terkini, ia telah dilaporkan bahawa majlis perbandaran Riviera Beach City di Florida, Amerika Syarikat terpaksa membayar wang tebusan sebanyak $600,000 untuk mendapatkan kembali komputer-komputer, mesin pelayan dan juga data yang telah disulitkan oleh penggodam yang tidak dikenali.

Insiden ini dilaporkan berlaku tiga minggu yang lepas, apabila seorang pekerja majlis perbandaran tersebut menekan pautan yang dihantar melalui emel, dan memuat-turun perisian hasad yang kemudiannya mensulitkan fail-fail semua komputer dan mesin pelayan yang disambung pada rangkaian yang sama.

Selain daripada data dan maklumat yang disulitkan, majlis perbandaran tersebut turut mengalami isu-isu yang lain seperti kehilangan akses kepada mesin pelayan emel, perkhidmatan pembayaran gaji dan juga perkhidmatan penyambungan nombor kecemasan.

Selepas undian dilakukan oleh ahli-ahli majlis perbandaran Riviera Beach City, mereka memutuskan untuk membayar penggodam-penggodam tersebut wang yang dimintak didalam bentuk kriptowang Bitcoin, walaupun tiada jaminan diberikan bahawa mereka akan mendapat balik akses kepada maklumat mereka, walaupun dengan amaran oleh pihak FBI.

Ini bukanlah kali pertama sebuah kerajaan tempatan dilanda isu ini.

Semua orang harus bersikap berhati-hati apabila membuka emel yang tidak dikenali sumbernya. -Amanz

0 comments

Post a Comment