Sep 2, 2012

Ada Bukti Faruqi dan Muslim Bawa Masuk Perempuan!

Kuala Terengganu: Enggan meminta maaf, Peter Butler berkeras menegaskan yang dia mempunyai bukti Ismail Faruqi Asha'ari dan Muslim Ahmad, membawa masuk perempuan kebilik hotel mereka di Alor Setar, Selasa lalu.

Peter Butler enggan mohon maaf

Butler juga menegaskan bahawa dia tidak perlu memohon maaf seperti dituntut kedua pemain malah meminta kedua-duanya memohon maaf kerana secara terang-terangan menunjukkan sikap tidak berdisiplin kerana mereka juga sudah mengaku melanggar peraturan setelah pulang lewat kebilik hotel.

Kedua-dua pemain terbabit yang telah digugurkan dari perlawanan susulan kesalahan yang dilakukan menurut Butler mendapat sokongan penuh dari Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

0 comments

Post a Comment