Monaco: Juara Eropah, Chelsea dimalukan dengan kekalahan 4-1 kepada jaguh Sepanyol, Atletico Madrid dalam pertembungan Piala Super hasil jaringan hatrik penyerang Colombia, Radamel Falcao di Stadium Stade Louis II, kelmarin.
Falcao meledak tiga gol di separuh masa pertama ketika Chelsea, yang turut menurunkan bekas pemain Atletico, Fernando Torres terus bergelut di babak kedua selepas Miranda melengkapkan derita barisan Roberto di Matteo dengan jaringan keempat.
“Pada separuh masa pertama kami bermain buruk dan mereka amat tajam. Kami bermula perlahan serta goyah jadi mereka menghukum kami. Mereka lebih baik daripada kami pada separuh masa pertama,” kata Di Matteo.
Gol Atletico terhasil seawal minit keempat sebelum Falcao, 26, yang dikenali sebagai El Tigre sekali meledak pada minit ke-19 hasil rembatan kaki kiri dari jarak 15 meter sebelum melengkapkan hatrik pada minit akhir permainan babak pertama.
Chelsea cuba bangkit pada babak kedua namun sekali lagi dikecewakan hasil jaringan Miranda pada minit ke-60 sebelum pertahanan, Gary Cahill memberikan gol sagu hati buat The Blues hasil sepakan sudut Frank Lampard.
“Masih banyak yang perlu kami pelajari, kami perlu menjadi lebih baik. Ia memalukan kerana kami tidak mampu menjadi kompetitif seperti final Liga Juara-Juara. Jika kami bermain seperti itu, saya juga akan bertanggungjawab. Ia kekalahan yang buruk namun kami akan bangkit.”
Falcao yang diumum pemain terbaik perlawanan mengakui dipancing beberapa kelab gergasi pada jendela perpindahan kali ini.
“Memang benar musim panas ini saya dikaitkan dengan beberapa kelab besar tetapi saya mahu kekal bersama Atletico. Namun, pada masa depan kita tidak tahu. Atletico mempunyai cara untuk mengekalkan saya dan usaha mereka dibalas.” - AFP
Falcao memperaga trofi meraikan kejayaan Atletico Madrid
menewaskan Chelsea pada final Piala Super Eropah, kelmarin.

0 comments
Post a Comment