Bangkok: Seorang wanita Thailand menggunakan pengetahuan dan kebolehannya dalam teknologi komunikasi untuk menyelamat diri dan sembilan wanita rakan senegaranya daripada dipaksa melacur di Bahrain.
Wadi (bukan nama sebenar) menghantar mesej pesanan ringkas (SMS), menggunakan Google untuk menghubungi polis dan wartawan Thailand dan menggunakan program tiga dimensi Google Earth untuk mengelak daripada diperangkap ke lembah pelacuran.
Ini selepas dia menyedari ditipu oleh rakannya yang menghantar tiket elektronik kapal terbang ke Bahrain, dengan menjanjikan beliau memperoleh 50,000 baht (RM5,000) dengan hanya memberi khidmat mengurut selama 10 hari.
Walaupun tidak ada pengalaman mengurut, Wadi bersetuju dengan tawaran berkenaan kerana menyangka itu peluangnya untuk ke luar negara selain mampu mengubah kehidupan keluarganya kerana ibunya hanya menjual barangan runcit secara kecil-kecilan di rumah.
Rakannya juga turut menghantar emel yang juga adalah sepucuk surat daripada penjamin, seorang lelaki Bahrain yang menganggap Wadi sebagai teman wanitanya untuk membolehkan dia masuk ke Bahrain.
Wadi menghantar surat kepada Kementerian Buruh di Lapangan Terbang Subarnabhumi pada 7 Ogos dan laluannya ke Bahrain amat mudah. Seorang lelaki menunggunya di lapangan terbang di Manama. Dia mengikut lelaki terbabit ke bangunan enam tingkat seperti sebuah hotel.
Di sana dia bertemu dengan seorang wanita Thailand dikenali sebagai Jeh Nung yang membawanya ke hotel berkenaan dengan mengatakan rakannya menanti kedatangan mereka di tingkat atas.
Bagaimanapun, dia mengesyaki sesuatu tidak kena apabila melihat sembilan lagi wanita Thailand lain bersesak di dalam sebuah bilik kecil bersama barangan mereka bersepah di bilik berkenaan.
Wadi bertanya mengenai rakannya kepada Jeh Nung tetapi sebaliknya diminta memberi khidmat seks kepada pelanggan atau membayar 100,000 (RM10,000) untuk bayaran tiket kapal terbang, makanan dan tempat tinggal. - Agensi
Gambar hiasan

0 comments
Post a Comment