LAHAD DATU: Seorang lelaki warga Timor berumur 27 tahun dipenjara enam tahun dan diperintah dikenakan sembilan kali sebatan rotan oleh Mahkamah Majistret di sini, Isnin lalu, kerana mencabul kehormatan seorang budak berumur sembilan tahun.
Hakim Mahkamah Sesyen M. Rajalingam, yang mewakili majistret menjatuhi hukuman itu ke atas Antonius Peu selepas dia mengaku bersalah melakukan kesalahan itu pada 11 dan 16 Ogos, tahun ini di Kg Wawasan, Jalan Dam.
Rajalingam mendengar Antonius ditahan pada 17 ogos di Kg Wawasan, selepas ibu kepada mangsa membuat laporan polis terhadapnya, menyatakan anak perempuannya dicabuli oleh Antonin.
Mangsa mengadu kemaluannya sakit kepada ibunya dan menghadapi kesukaran untuk membuang air kecil. Ibunya kemudian memeriksa kemaluan mangsa dan mendapati ia bernanah. Dia bertanya kepada anaknya, yang kemudian memberitahu Antonius telah merogolnya. Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut oleh doktor mendapati tiada sebarang petunjuk kejadian rogol berlaku.
Antonius didakwa di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau dengan denda, atau dengan sebatan, jika sabit kesalahan. Dia diperintah dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas selesai menjalani hukuman. - HarianEkspres

0 comments
Post a Comment