Jun 27, 2018

Gurauan Bijan Dieja Najib

SHAH ALAM - Netizen hari ini menjadikan jenama beg tangan Bijan sebagai bahan gurauan dengan mengeja nama jenama itu secara terbalik.

Jika dieja secara terbalik, Bijan akan disebut sebagai Najib, individu dikaitkan sebagai bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Bijan? Apa itu? Jenama Najib kalau dieja terbalik haha?,” tulis @eLmiE_92 di Twitternya.

“Bijan, diterbalikkan adalah Najib. Apa yang peliknya. #bijan #worldsmostexpensivestore,” kongsi pengguna Twitter @Vijandren.

“Ada beg tangan yang berharga RM1.6 juta. Ada juga beg tangan yang ditempah khas iaitu daripada jenama Bijan,” kata Amar Singh. Bijan ??? Najib ??? Bijan???,” @paH1m pula menulis.

Sarawak Report, portal luar negara yang sentiasa mendedahkan salah laku pemerintahan BN sebelum ini terutamanya skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) turut sama berjenaka.

“Bijan? Kedai paling mahal di dunia yang membuat beg tangan dirampas dari Najib. Menariknya Bijan jika dieja terbalik adalah Najib,” tulis Sarawak Report.

Hari ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh pada sidang medianya mendedahkan 567 beg tangan membabitkan lebih 37 jenama seperti Prada, Bijan dan Chanel telah dirampas.

Daripada jumlah itu, sebanyak 272 beg berjenama Hermes dianggar bernilai RM51.3 juta dan proses penilaian harga beg berkenaan mengambil masa selama lapan hari.

Bijan merupakan beg tangan paling mahal yang dianggarkan berjumlah RM1.6 juta dan ia merupakan beg tangan buatan tangan. -sinar online

0 comments

Post a Comment