CHRISTCHURCH, New Zealand – Sekumpulan saintis dengan kerjasama penternak New Zealand cuba mencipta dan membiakkan baka biri-biri ‘mesra alam’ yang kurang mengeluarkan gas metana dalam usaha mengatasi perubahan iklim di Pusat Agrikultur Invermay di Mosgiel dekat sini baru-baru ini.
Penyelidik Britain itu melakukan pembiakan dengan mengaplikasikan teknik saintifik menggunakan imbasan tomografi berkomputer bagi menilai kualiti genetik biri-biri jantan dan pada masa ini sudah terdapat tiga generasi yang menghasilkan penurunan kadar pelepasan antara 20 hingga 40 peratus daripada jumlah biasa.
Bagi menentukan jumlah metana yang dihasilkan oleh setiap biri-biri, haiwan itu ditempatkan di dalam ruang pengumpulan pelepasan gas metana yang dibina khas atau ‘ruang kentut’ antara 40 minit hingga satu jam.
Haiwan ternakan seperti lembu dan biri-biri mengeluarkan sejumlah besar gas metana sepanjang kitaran hidup akibat proses pencernaan (kembung) dan sendawa.
Gas metana yang dilepaskan haiwan ternakan antara penyebab utama kesan rumah hijau di New Zealand dan menyumbang 16 peratus kepada fenomena tersebut secara global. –Agensi
0 comments
Post a Comment