Jul 5, 2018

Jho Low Lari Ke Macau

PUTRAJAYA – Suspek utama skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Low Taek Jho melarikan diri ke Macau sewaktu dicari polis Malaysia.

Ketua polis negara berkata maklumat terbaru itu dimaklumkan oleh sepasukan pegawainya yang menjejaki ahli perniagaan itu di Hong Kong.

“Saya tidak pasti kedudukannya tetapi maklumat terkini beliau berada di Macau,” kata Tan Sri Mohamad Fuzi Harun selepas satu majlis di sini.

“Malah, pada hari itu, kita hantar pasukan kita ke Hong Kong tetapi sebaaik sahaja kita sampai, beliau bergerak ke Macau.”

Low, juga dikenali Jho Low, dilapor berada di China atau Taiwan.

Minggu lalu pangsapuri milik beliau di Kuala Lumpur turut diserbu polis. -projekmm.com

0 comments

Post a Comment