DIEGO MARADONA bukan lagi figura asing yang lantang menyuarakan pendapatnya tentang Lionel Messi atau kariernya bersama Argentina.
Menurut laporan Barca Blaugranes , Maradona bersuara tentang Messi dalam Piala Dunia 2018 dan jangkaan yang diletakkan pada bahu pemain itu.
"Mereka mahu Messi selesaikan segala-galanya.
"Leo terlibat dalam permainan itu, menghantar bola kepada Biglia atau Enso Perez, tapi mendapat kecaman hebat sebagai balasan.
"Takdir jadi begitu dan ditentukan oleh kualiti ketuanya. Argentina sudah hanyut.
"Saya bertemu dengan Davor Suker iaitu rakan pasukan saya di Sevilla, dan dia sekarang bersama Persekutuan Croatia.
"Dia memiliki hubungan yang hebat dengan para pemain yang bersedia untuk meninggalkan segalanya dan sekarang mereka masuk ke perlawanan akhir," kata Maradona.
Sementara itu Calcio Mercato pula melaporkan, Persekutuan Bola Sepak Argentina dalam keadaan kucar-kacir sekarang.
Maradona mencadangkan bahawa pasukan itu memerlukan ketua dan pengarah baharu yang mempunyai pengetahuan tentang bola sepak. -mstar
0 comments
Post a Comment