INDIVIDU yang terlibat dalam video seks mirip seorang menteri kanan Kabinet, Haziq Abdullah Abdul Aziz ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.
Difahamkan Haziq Abdullah ditahan di KLIA kira-kira pukul 5.30 petang Jumaat.
Peguamnya Ramesh Kumar mengesahkan penahanan tersebut.
"Polis hubungi saya beritahu Haziq berada di KLIA. Tetapi sebaik saya tiba di sana pukul 7.20 malam, mereka beritahu dia sudah dibawa ke Bukit Aman.
"Sekarang saya menunggu lebih banyak perkembangan terkini daripada polis. Saya juga tidak pasti ke mana dia dibawa," katanya ketika dihubungi.
Ramesh turut memberitahu dia tidak dimaklumkan mengapa Haziq ditahan.
Penahanan itu dibuat berikutan pengakuan Haziq Abdullah yang merupakan Ketua AMK Cabang Santubong, Sarawak bahawa dia adalah individu dalam video seks tersebut.
Pada Rabu lalu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan sekeras-kerasnya tuduhan seorang individu yang cuba mengaitkannya dalam satu video lucah.
Beliau menyifatkan tuduhan itu sebagai komplot jahat untuk mencemarkan reputasi dan keperibadiannya serta menjatuh beliau dan memusnahkan karier politiknya. -mstar
0 comments
Post a Comment