Skuad bola sepak negara melonjak sembilan tangga dalam kedudukan terbaru yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).
Perkara itu diumumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi Twitter.
Dalam ranking terbaru itu, Malaysia berada pada kedudukan ke-159 berbanding kedudukan ke-168 sebelum ini.
"Malaysia di tangga 159 dunia, berjaya melonjak naik sebanyak sembilan tangga berbanding kedudukan 168 pada kemas kini terdahulu pada 4 April 2019," kata FAM.
Kenaikan sembilan anak tangga itu menjadikan Malaysia salah satu negara dengan kenaikan paling banyak kali ini, bersama-sama Armenia (tangga 97) dan Hungary (tangga 42).
Rangking tersebut ditentukan berdasarkan cara pengiraan terbaru yang mula digunakan sejak 16 Ogos tahun 2018 lalu.
Untuk rekod, kedudukan tertinggi yang pernah diduduki Malaysia dalam ranking dunia Fifa adalah di tangga ke-75 pada Ogos 1993. -malaysiakini
0 comments
Post a Comment