Sep 7, 2012

Kemiskinan Di Sabah Semakin Menurun

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yakin kadar kemiskinan di Sabah akan terus menurun berdasarkan kajian bagi tempoh lima tahun yang menunjukkan penurunan 4.5 peratus daripada 24.2 petatus pods 2004 keparia 19.7 peratus pada 2009.


Musa berkata penurunan tcrtinggi dicatat di kawasan pedalaman sebanyak 13.2 peratus iaitu 29 peratus pada 2004 kepada 15.8 peratus pada 2009.

"Kerajaan negeri dan pusat sentiasa berusaha mengurangkan kadar kemiskinan di Sabah dengan melaksanakan pelbagai program dan semua agensi terbabit diarahkan menjalinkan kerjasama mantap agar segala projek yang dirancangkan dapat disiapkan rnengiktit jadual," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jatankuasa Pernandu Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat dan Pembasmian Kemiskinan Peringkat Negeri disini, kelmarin.

Katanya, antara program terbabit ialah Projek Mini Estet Sejahtera (Mesej), Ladang Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), Agropolitan, 1 Azam, Program Bantuan Rumah (PBR), Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dilaksanakan bagi meliputi ketua isirumah miskin (KIRM) dan ketua isi rumah miskin tegar (KIRMT) yang tersenarai di bawah Sistem e-Kasih.

Musa berkata setakat ini, sekurang-kurangnya dua belas Mesej dan enam buah Mesej Mikro siap sepenuhnya daripada 29 buah Mesej sawit dan getah, akuakultur yang diwujudkan selain empat Mesej baharu sedang dalam proses pengukuran dan permohohan tanah untuk pelaksanaan bermula 2013.

"Kesemua projek .Mesej dijangka dapat melibatkan lebih 2,000 KIRMT. Di samping itu, kerajaan negeri sedang menimbang pelaksanaan satu lagi Ladang PPRT di Nabawan sebagai tambahan kepada dua buah Ladang PPRT di Tongod dan Kalabakan, Tawau", katanya.

Menurutnya, seramai 1,167 KIRMT kini menerima dividen bulanan sebanyak RM400 sebulan daripada Ladang PPRT Tongod dan Kalabakan di samping peluang pekerjaan dan kemudahan perumahan di ladang-ladang tersebut.

Musa berkata sejurnlah 1,143 buah daripada 1,400 buah rumah bina baru dibawah PBR yang dilaksanakan oleh Pejabat-pejabat Daerah, daerah kecil, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu -(DBKK) dan Majlis-Majlis Perbandaran Sandakan dan Tawau disiapkan sehingga 5 Sept lepas.

"Tambahan 600 buah rumah lagi rumah bina baru sedang dalam pelbagai tahap pelaksanaan menjadikan jumlah kelulusan bagi tahun 2012 sebanyak 2,000 buah dengan kos RM100 juta.

Jumlah keseluruhan rumah bina baru yang diluluskan sejak program tersebut pada 2010 ialah 7,149 buah", katanya.

0 comments

Post a Comment