Sep 7, 2012

Penjawat Awam Diminta Rajin Turun Padang

TONGOD: Penjawat awam dan pemimpin akar umbi dirninta lebih proaktif dalarn melaksanakan tugas berkhidmat kepada rakyat, kata Ketua Biro Tatanegara Negeri Sabah, Datuk Ibrahim Saad.


Beliau berkata mereka perlu lebih aktif turun padang bertemu masyarakat membantu usaha kerajaan meneruskan keseimbangan pembangunan sedia ada.

Katanya, melalui pendekatan tersebut, masalah dihadapi rakyat mudah dapat dikenal pasti dan diselesaikan segera selaras dengan Prograrn Transformasi Kerajaan yang mahukan rakyat menikmati keselesaan hidup selepas mencapai kemerdekaan sejak 55 tahun lepas.

"Ini dapat membantu penjawat awam dan pemimpin akar umbi metnbawa negara untuk bersaing dengan negara luar dalam meniti arus kemodenan yang dikecapi," katanya ketika menyampaikan ceramah "55 Tahun Merdeka Janji Ditepati" sempena sambutan Hari Kemerdekaan peringkat daerah Tongod di sini kelmarin.

Ibrahim mengingatkan rakvat supaya tidak lupa diri apabila menikmati keharmonian dan keamanan hasil  perubahan landskap pembangunan negara.

Beliau berkata rakyat perlu sarna-sama memainkan peranan membangunkan negara tanpa mengira di mana rnereka berada dan sumbangan yang boleh dibuat.

Ibrahim menasihatkan rakyat elak daripada terlibat dengan perkara dan tindakan yang boleh menggugat perpaduan dan keamanan yang menjadi antara faktor utama penyurnbang kepada pembangunan negara. - NST

0 comments

Post a Comment