Sep 10, 2015

Berakhirnya Spekulasi Pemecatan, UMNO Fokus Solidariti Parti

Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini mengakhiri spekulasi berhubung pemecatan pemimpinnya dan parti itu kini dilihat memfokuskan kepada solidariti dalam saf kepimpinannya.

UMNO

Perkara itu dinyatakan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mahukan pengukuhan dalam parti terutama di peringkat kepimpinan digiatkan dan perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan.

Perdana Menteri juga menafikan pemecatan pemimpin parti dan soal itu tiada langsung dalam agenda mesyuarat yang diadakan di ibu pejabat UMNO di Menara Dato Onn di sini.

Malah semangat solidariti itu diterjemahkan dalam sidang media selepas mesyuarat tersebut dengan kehadiran pemimpin kanan parti itu duduk sebaris bersama Najib pada pukul 6.50 petang.

Kehadiran Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, menurut desas-desus kononnya akan dipecat, duduk bersama dengan Najib dan dua lagi Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Tindakan mereka menunjukkan kesepaduan barisan kepimpinan tinggi parti demi kepentingan dan kelangsungan parti.

Tinjauan Bernama di kediaman Muhyiddin di Damansara Heights, di sini, untuk mendapatkan komen lanjut tidak berhasil apabila beliau hanya mengangkat tangan dan enggan menggulas.

Bagaimanapun, Anggota Dewan Undangan Negeri Johor bagi kawasan Jorak, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh yang menemani Muhyiddin berkata:” Tan Sri kelihatan gembira dengan keputusan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Abdul Razak.”

Sharuddin berkata hidup mati Muhyiddin hanyalah pada parti UMNO.

Menurutnya, Muhyiddin berkata beliau akan menaikkan balik nama dan sokongan rakyat terhadap parti UMNO. –BERNAMA

0 comments

Post a Comment