Jun 26, 2018

Ahad minggu pertama Julai, diumum Hari Ibu Bapa

KANGAR 26 Jun - Kerajaan akan menjadikan Ahad pada minggu pertama Julai setiap tahun sebagai Hari Ibu dan Bapa bagi peringkat kebangsaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, berbanding sebelum ini, kedua-dua hari berkenaan diadakan secara berasingan.

Kata beliau, sambutan itu sebagai menghargai komitmen ibu dan bapa dalam mendidik serta membesarkan anak-anak.

“Kesungguhan dan komitmen inilah yang membentuk keluarga yang bahagia dan sejahtera,” katanya yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di sini hari ini.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat bercemar duli menghadiri majlis tersebut.

Berangkat sama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Syed Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Wan Azizah berkata demikian dalam satu kenyataan akhbar sempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Ibu dan Bapa Peringkat Kebangsaan 2018 Bertemakan Ibu dan Bapa Anugerah Terindah. -utusan

0 comments

Post a Comment