KETUA Umum Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana mengadu sakit bahu dan bahagian belakang selepas pulang dari Turki.
Menurut Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil, Anwar dibawa dari kediamannya di Bukit Segambut menaiki ambulans menuju wad kecemasan.
“Bagaimanapun, keadaan kesihatan beliau stabil,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur.
Anwar dalam siri lawatan ke beberapa buah negara termasuk Turki bagi berkongsi kisah kejayaan Malaysia mengubah kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.
Beliau ke London, United Kingdom untuk bertemu bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore.
Di Turki beliau menemui Presiden Recep Tayyip Erdogan yang menjemputnya.
Pada pilihan raya itu, PH berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) yang memerintah selama lebih 60 tahun, sekali gus merampas tampuk pimpinan Kerajaan Persekutuan. -hmetro
0 comments
Post a Comment