SELAYANG - Pasangan warga Myanmar ditahan awal pagi tadi bagi membantu siasatan kes pemandu Grab, Aiman Nosri, 27, yang ditemui mati dalam kereta miliknya di Selayang Makmur Sabtu lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Seperintendan Tey Kong Seng berkata, pasangan tersebut ditahan jam 1 pagi di Selayang.
Menurutnya, dipercayai pasangan berusia 28 dan 30 tahun tersebut mempunyai maklumat berkenaan kejadian.
"Pihak polis menahan reman pasangan tersebut selama tujuh hari bagi membantu siasatan sama ada mereka adalah penumpang terakhir yang menggunakan khidmat mangsa," katanya.
Terdahulu tular mengaitkan kes pembunuhan tersebut dilakukan awang hitam.
Jelas Kong Seng, perkara itu adalah berita yang ditularkan dan siasatan masih teruskan.
Mangsa yang tidak pulang ke rumah selama dua hari terjawab selepas mayatnya ditemukan di dalam kereta miliknya di Taman Selayang Makmur jam 8.20 malam Sabtu.
Mangsa yang beralamat dari Nilai ditemui dalam keadaan tertiarap di bahagian tempat duduk belakang dengan kesan melecet pada lehernya.
Bagaimanapun bedah siasat ke atas mangsa mendapati punca kematiannya disebabkan sesak nafas. -sinar online
0 comments
Post a Comment