Nov 26, 2018

Malaysia Mahu Saman Goldman Sachs

Malaysia akan memfailkan saman terhadap Goldman Sachs berkaitan kes syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi menuntut kerugian kira-kira RM18.89 bilion daripada bank pelaburan Amerika Syarikat (AS) itu.

Memetik laporan sebuah portal berita, difahamkan Peguam Negara Tommy Thomas akan mengemukakan hujah bahawa pengurusan peringkat tertinggi bank tersebut mengetahui mengenai penipuannya dalam urusan 1MDB.

“Terutamanya, hujah kes bahawa eksekutif senior Goldman tahu hasil daripada tiga terbitan bon 1MDB pada 2012 yang disusun bank itu disalurkan ke sebuah syarikat, Aabar BVI yang ditubuhkan di British Virgin Islands untuk menyerupai sebuah syarikat yang sama bernama Aabar Investments milik penjamin bon, International Petroleum Investment Company (IPIC) Abu Dhabi,” kata sumber yang dipetik portal berkenaan. -kosmo

0 comments

Post a Comment