Jun 22, 2019

41 Penama Penerima Wang 1MDB

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuat permohonan lucut harta terhadap 41 responden di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Ketua Pesuruhjayanya, Latheefa Koya berkata, permohonan itu melibatkan nilai RM270 juta daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Kita telah mengenal pasti 41 sama ada individu atau entiti yang telah dijadikan responden dalam permohonan yang telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan akan bermula pada 25 Jun, 10 Julai, 24 Julai dan 31 Julai.

“41 responden yang disenaraikan termasuklah daripada pihak-pihak berkaitan parti UMNO yang melibatkan nilai RM212 juta dan selebihnya adalah yayasan-yayasan, syarikat-syarikat dan sebagainya,” katanya pada sidang media Ibu Pejabat SPRM.

Beliau turut memberitahu, wang yang diterima responden itu datang daripada akaun bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Jumlah permohonan lucut harta bernilai RM270 juta itu adalah jumlah terbesar sekaligus menjadi sejarah bagi kes AMLA di negara ini sehingga kini.

“Semua responden yang disaman ini telah didapati melanggar undang-undang kerana menerima wang daripada akaun Najib,” katanya.

Pada masa sama, Latheefa menjelaskan bahawa, Najib dan ahli perniagaan kontroversi, Jho Low tidak disenaraikan dalam permohonan lucut hak itu.

“Bagi kes saman ini, semua responden tidak melibatkan warga asing dan hanya individu tempatan.

“Tapi kami percaya selepas fail saman ini lebih banyak lagi responden akan dikesan dalam jejak wang ini. Semua wang responden yang berjaya diperolehi kelak akan diserahkan semula kepada kerajaan,” katanya.

Berikut merupakan senarai 41 penama yang didedahkan SPRM:

1.Ibrahim Awang Ismail
2.Kasitah Gaddam
3.Ismail Abd Muttalib
4.Hasan Malek
5.Sim Sai Hoon
6.Abdul Manan Ismail
7.Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA)
8.Akademi Pemuda
9.Parti Bersatu Rakyat Sabah
10.Yayasan Permata Malaysia
11.Yayasan Tun Hussein Onn
12.UMNO Kelantan
13.UMNO Bahagian Pekan
14.Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia
15.MCA Pahang
16.Sarawak United People’s Party
17.Wanita MCA
18.Liberal Democratic Party (LDP) Sabah
19.Yayasan PBAKM
20.Binsabi Sdn Bhd
21.Rayhar Travels Sdn Bhd
22.K&Z Enterprise Sdn Bhd
23.IPG Mediabrands Sdn Bhd
24.Media Edge CIA (M) Sdn Bhd
25.Hattatex Trading
26.Jakel Trading
27.Jakel Trading Sdn Bhd
28.Perano Sdn Bhd
29.AGA Touch (M) Sdn Bhd
30.Habib Jewels Sdn Bhd
31.Naza Quest Auto Snd Bhd
32.UMNO Selangor
33.UMNO Pahang
34.UMNO Kedah
35.UMNO Johor
36.Barisan Nasional Bahagian Johor Bahru
37.UMNO Sabah
38.Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
39.Bustari Yusuf
40.Yayasan Penyelidikan Transformasi
41.Yayasan Rahah

0 comments

Post a Comment