Jul 28, 2016

Suspek Kes Serang Kakak Adira Ditahan

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang disyaki terbabit menyerang kakak kepada penyanyi Adira, Emma Suhaimi, 27, ditahan di sebuah premis cuci kereta di Salut Menggatal.


Suspek berusia 21 tahun itu ditahan polis kira-kira jam 4.30 petang. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata suspek ditahan reman selama empat hari hingga Sabtu ini.

"Dia telah ditahan kerana disyaki terbabit dengan kes ini (kes wanita dipukul oleh teman lelaki)," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan kecederaan dengan menggunakan objek berbahaya.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam kelmarin, Emma, 27, cedera diserang oleh seorang lelaki di rumahnya di UUC Telipok.

Bekas peserta Akademi Fantasia musim kelapan itu yang juga deejay stesen radio tempatan di sini, cedera di belakang kepala, telinga, hidung dan pipi. Rakan serumahnya pula dilaporkan cedera di tangan dan mata.

Insiden berkenaan turut tersebar di media sosial berikutan dakwaan Emma cedera kononnya selepas rumahnya dimasuki perompak yang mengacukan parang ke lehernya.

Siasatan awal polis bagaimanapun mendapati mangsa tidak disamun dan tiada barang mangsa hilang, sebaliknya berpunca daripada masalah peribadi, dipercayai antara seorang mangsa dengan bekas teman lelaki. -Bharian

0 comments

Post a Comment