Jul 11, 2018

Israel Akan Lancar Kapal Angkasa Pertama Ke Bulan

YEHUD, Israel: Sebuah kumpulan bukan berasaskan keuntungan Israel merancang untuk melancarkan kapal angkasa ke bulan pada Februari tahun hadapan.

Menurut ketua eksekutif kumpulan berkenaan, SpaceIL, Ido Anteby, kapal berkenaan yang berbentuk bulat dan mempunyai empat kaki fiber karbon itu dijangka akan berlepas pada bulan Disember kelak dari Florida, Amerika Syarikat (AS).

Ia ditugaskan untuk menghantar gambar dan video ke Bumi selama dua hari dan mengukur medan magnet.

“Kapal angkasa kami akan menjadi yang terkecil mendarat di Bulan,” kata Anteby.
- REUTERS

0 comments

Post a Comment